Header Ads

SENARAI SEMAK

sumber: pesona pengantin


Persiapan untuk majlis pertunangan dan persandingan

Bukan semua yang kita aturkan untuk majlis raja sehari berjalan dengan sempurna. Kadangkala semua sudah diaturkan tetapi masih ada lagi perkara penting yang tertinggal. Namun, ia sudah menjadi lumrah. Hampir kebanyakan pasangan pengantin sering melakukan kesilapan terutama apabila membuat keputusan yang salah, malah banyak perkara tidak diuruskan dengan baik. Merancang majlis pertunangan mahupun perkahwinan sememangnya satu aktiviti yang amat menyeronokkan dan mencabar. Tetapi ada juga yang membingungkan. Pastinya anda akan bertanya, "Di mana hendak mula? Macam mana hendak cari?" Jangan panik, Kami di Pesona Pengantin telah menyediakan tip dan cadangan untuk membantu anda membuat persiapan perkahwinan dengan lancar.



Tiga bulan sebelum majlis pertunangan
Anda perlu menentukan:
Tarikh majlis pertunangan
Menyenaraikan jumlah tetamu
Tempahan jurugambar dan juruvideo
Tempahan baju pertunangan/juruandam
Menempah caterer (jika majlis berlangsung di rumah)
Senaraikan tetamu yang mengesahkan kedatangan

9 – 12 bulan sebelum
Majlis pernikahan/persandingan dan lokasi pernikahan yang akan diadakan
- Kumpulkan semua informasi tentang perkahwinan dan buat ‘check list’ tentang apa-apa yang diperlukan
- Membuat senarai bagi daftar tetamu undangan.
- Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan bajet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah oleh orang lain.

8 - 6 bulan sebelum
- Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
- Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.
- Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, hantaran, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
- Menempah baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya).
- Tempah jurusolek untuk majlis perkahwinan anda.
- Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.

5 – 3 bulan sebelum
- Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta.
- Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda.
- Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
- Membeli cincin kahwin.
- Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer, bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
- Menempah pemuzik dan DJ (jika perlu).
- Lakukan rawatan muka, badan, dan rambut.

2 bulan sebelum
- Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
- Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
- Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
- Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
- Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
- Membeli barang kemas.
- Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
- Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.

2 minggu sebelum
- Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuas hati.
- Pastikan ada orang yang akan menjaga barang-barang hantaran anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.
- Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).

4 hingga 2 hari sebelum
- Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
- Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
- Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
- Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
- Sediakan barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat Akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
- Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda
- Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
- Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.

No comments

Powered by Blogger.