Header Ads

RESEPI PENGANTIN

sember: majalah rasa




RESIPI JUN : 200 SANTAPAN PENGANTIN
KETUPAT SOTONG

BAHAN-BAHAN:

700gm @ 4 ekor sotong | bersaiz
sederhana dan bersihkan kulitnya
300gm beras pulut
Lidi sate secukupnya
BAHAN KUAH:
100gm bawang merah | dimayang
100gm halia | dihiris halus
750ml santan pekat
500ml santan cair | untuk rendam beras pulut
CARA MEMASAK:
1. Rendam beras pulut yang telah dibersihkan dengan santan cair.
2. Kemudian toskan beras pulut tadi selama 15 hingga 20 minit.
3. Setelah itu, masukkan beras pulut ke dalam sotong. Pastikan ia tidak terlalu penuh.
4. Seterusnya sematkan sotong dengan menggunakan lidi dengan kemas. Ia untuk memastikan beras pulut di dalam sotong tidak terkeluar.
5. Masukkan sotong ke dalam periuk yang berisi santan pekat.
6. Kemudian masukkan pula bawang merah dan halia.
7. Didihkan sotong dengan api yang perlahan supaya tidak pecah minyak.
8. Akhir sekali, masukkan halba dan perasakan. Kacau hingga mendidih dan pulut masak.
9. Angkat dan hidangkan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ACAR BUAH



BAHAN-BAHAN:
100gm buah kana
100gm buah cermai
100gm buah plum
100gm buah ceri
100gm buah pala
50gm halia
50gm bawang merah
40gm bawang putih
30gm serai | diketuk
50gm pes cili
50gm gula<
10gm garam
Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan
serai. Kacau rata sehingga berbau harum.
2. Selepas itu masukkan pes cili dan kacau rata sehingga sebati dan pecah minyak.
3. Perasakan dengan gula dan garam dan kacau rata.
4. Masukkan buah kana, cermai, plum, ceri dan buah pala. Kacau rata dan masak di atas
api sederhana.
5. Angkat dan sedia dihidangkan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
AD GOBO


BAHAN - BAHAN:
400gm bawang besar | dihiris
160gm bawang putih dan halia | dikisar
6gm serbuk jintan putih
5gm serbuk kunyit
6gm halba campur
120gm cili giling
100gm pes tomato
8gm garam
300gm ubi kentang | dipotong dadu dan direbus
300gm bunga kubis | dipotong kecil dan digoreng separuh masak
Minyak masak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali, tumiskan bawang besar sehingga wangi.
2. Selepas itu masukkan halia dan bawang putih. Kacau sehingga kekuning-kuningan.
3. Masukkan cili giling dan tumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan pes tomato, jintan putih, serbuk kunyit dan halba campur. Gaul sebati dan
biarkan masak.
5. Kemudian masukkan ubi kentang dan bunga kubis, gaulkan rata.
6. Perasakan dengan garam dan lada sulah.
7. Angkat dan hiaskan dengan daun ketumbar
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
PUDING SERAPAT KASIH


BAHAN-BAHAN:
10gm agar-agar
1 liter air
250gm gula
100g kastard
BAHAN SOS:
20gm coklat
5gm mentega
10ml susu segar
CARA MEMASAK:
1. Masak agar-agar bersama air dan gula hingga hancur.
2. Kemudian masukkan tepung kastad dan kacau hingga sebati. Biarkan mendidih
seketika.
3. Setelah masak, tuangkan ke dalam loyang dan biarkan sejuk seketika.
4. Apabila sejuk, bentukkan mengikut acuan yang disukai.
5. Untuk sos coklat pula, cairkan coklat dan campurkan bersama mentega dan juga susu
segar.

No comments

Powered by Blogger.