Menempuh gerbang bahagia bersama kekasih hati bakal menjelma tidak lama lagi. Hati berdegup kencang menanti saat bahagia itu. Namun, masih tercari-cari solekan yang bagaimana sesuai untuk wajah.


Sebenarnya, pelbagai solekan yang boleh anda cuba untuk mendapatkan hasil menakjubkan di hari bersejarah itu nanti. Jika di majlis persandingan, biarlah tampil dengan mekap yang ringkas tetapi masih ayu dan jelita.



Dan anda bakal mempelai boleh mencuba solekan yang agak berat sedikit di majlis persandingan. Lebih-lebih lagi jika majlis itu diadakan di sebelah malam. Anda perlu berbincang dengan jurusolek mengenai mekap yang sesuai dengan wajah anda. Ramai bakal mempelai yang menggemari mekap ringkas dan bersih, tetapi berupaya mengubah wajah anda dari sebelumnya.



Tip solekan:

  1. Sebelum menata rias mata, berikan lapisan asas yang sesuai dengan ton kulit sekitar mata yang ditampilkan jauh lebih sempurna. Baurkan di seluruh kelopak mata.
  1. Pilih warna alis yang dekat dengan warna asli alis, namun pilih yang sedikit lebih terang. Jika tidak mahu menebalkan alis, cukup rapikan sahaja.
  1. Dengan bantuan berus serong, beri garis mata bawah dengan warna pembayang mata yang sama. Cukup 1/3 bahagian dari sudut mata luar.
  1. Untuk mekap mata yang sepet dan mahu dapatkan efek mata terlihat lebih besar, helahnya ialah dengan menggunakan scotch tape untuk menciptakan kesan lipatan pada mata dan aplikasikan warna-warna gelap bawah mata. Gunakan pembayang mata warna hitam, abu-abu, coklat tua atau ungu tua boleh menjadi pilihan yang tepat. Sebagai pelengkap, gunakan mata palsu dengan bulu tipis.
  1. Supaya pemerah pipi tahan lebih lama, gunakan tinted moisturizer pada seluruh wajah. Kedua, gunakan perona pipi bentuk krim. Ketiga, lapisi dengan bedak alas. Keempat, gunakan bedak padat atau bedak tabur. Kelima, gunakan perona pipi bentuk powder blush sebagai penyudah
  1. Untuk membuat hidung tampak mancung, buat bayangan atau shading pada hidung akan menciptakan kesan mancung. Teknik shading agar tidak terlighat berlebihan atau terlihat dibuat-buat adalah dengan membaurkan shading secara tipis. Jika shading semakin panjang ke pangkal hidung, maka efek mancungnya semakin terlihat. Sebelum menggunakan shading, gunakan tinted moisturizer terlebih dahulu dan akhiri dengan bedak di atas garis shading agar membaur sempurna dengan wajah.
  1. Samar noda, concealer yang dipilih harus sama dengan warna bedak agar wajah tidak kelihatan belang. Concealer jenis cair paling mudah digunakan dan dapat menutup secara merata. Jika anda menggunakan concealer berbentuk stik, caranya adalah dengan mengoleskannya terlebih dahulu pada jari manis dan calit pada wajah.  Ini akan menutup wajah dengan lebih halus daripada menyapu concealer stik pada noda di wajah.