Header Ads

TIPS HILANGKAN TEKANAN

Sumber : majalah rapi



Beza LELAKI & WANITA Menangani Tekanan

Wanita lebih gemar mengambil coklat, aiskrim dan manis-manisan. Lelaki pula
lebih cenderung mengambilan makanan yang masin dan berlemak misalnya
kerepek kentang, piza dan kentang goreng. Hmm, berbeza sekali tetapi sesuai, kan?


Cara Kawal Wanita Celupar

Bukan kesihatan fi zikal sahaja perlu dijaga, kesihatan mental pun perlu juga. Kalau anda bertemu dengan rakan wanita yang celupar, berikut adalah antara cara yang boleh anda lakukan :
1. Sabar. Kalau anda membalas dengan kata-kata kesat, itu hanya akan memberinya kelebihan. Kalau anda‘mengipasnya’, anda pula yang akan kelihatan lembik.
2. Jangan sesekali beri peluang dia berlebih-lebihan sehingga enggan mengaku salah.
3. Berterus terang antara anda dan dia. Pilihlah tempat yang sunyi dan tiada orang lain di sekeliling.


Atasi SENGGUGUT Dengan Pil

Tidak dinafikan, memang ada dijual sesetengah jenis pil yang mampu mengurangkan rasa sakit senggugut. Namun, kalau anda memerlukan

pergantungan kepada pil ini setiap bulan dan kadangkala rasa sakit itu tidak mahu hilang, ada baiknya anda bertemu dengan pakar sakit puan. Adalah dikhuatiri senggugut seperti ini disebabkan oleh keadaan yang serius

seperti endometriosis atau fibroid. Kalau anda sudah mencecah usia dewasa tetapi masalah senggugut masih tidak selesai, anda perlu lakukan sesuatu.
Powered by Blogger.