Header Ads

PERKAHWINAN

sumber : majalah pengantin

Adat tradisi jangan dilupa





Masa terus berlalu meninggalkan apa jua yang pernah di lakukan sejak lama dahulu. Antara adat yang semakin ditinggalkan ialah potong berandam dan mandi bunga yang sejak turun temurun dilakukan oleh mak andam dulu-dulu sebelum pengantin perempuan melangsungkan majlis perkahwinan. Ia seolah-olah ditinggalkan dengan beberapa kepercayaan bahawa adat lama khurafat serta langsung tidak memberi manfaat. Pendapat ini disangkal oleh Puan Halimah atau lebih dikenali sebagai. Baginya, adat potong andam dan mandi bunga sebenarnya tidak khurafat kerana disertai dengan bacaan ayat suci Al-Quran. 


Malahan adat seperti inilah yang harus diteruskan oleh generasi kini untuk tampil lebih yakin dan berseri di hari indah ini.ebenarnya segala apa yang dilakukan oleh mak andam dulu-dulu mempunyai tujuan yang tersendiri. Antaranya ialah menaik seri wajah pengantin, memantapkan pengisian rohani dan menolak bala agar di jauhi dari gangguan syaitan semasa hari perkahwinan. Dalam apa jua perkara yang dilakukan, mak andam akan membaca ayat-ayat suci Al-Quran supaya bakal pengantin dilindungi dari sebarang perkara buruk.


Info Tentang Adat Berandam
* Apabila melangkah ke alam perkahwinan, mak andam akan bawa bakal pengantin melangkah dengan pengisian rohani yang mantap dengan mendekati Allah dan mengucap dua kalimah syahadah, istigfar, ayat Kursi, ayat Fatehah dan ayat-ayat Qul. Dengan ini bakal pengantin akan lebih tenang dan yakin, seterusnya tampak lebih berseri.


* Perbezaan antara pengantin yang berandam dan tidak berandam boleh dilihat dari segi karektornya. Biasanya pengantin yang berandam akan lebih yakin, sopan, segala perbuatan dapat petunjuk, orang memandang dengan pandangan yang penuh kasih. Walau pengantin pada zahirnya wajahnya tidak secantik mana, namun orang lebih terpesona dan memuji karektornya yang lemah lembut. Berbeza dengan pengantin yang tidak berandam, jiwanya kosong dan mudah bersikap kurang wajah atau kurang sopan sebagaimana layaknya pengantin baru seperti ketawa mengilai-ngilai, tidak tahu diam dan selalu menggelabah. Orang yang memandang pun akan merasa kurang senang dengan perbuatan tersebut.


Kini, mandi bunga boleh dilakukan secara sendirian di salun-salun atau pusat rawatan kecantikan tanpa kehadiran mak andam. Namun begitu, sejak dulu-dulu, mak andam berperanan menjaga bakal pengantin dengan acara mandi bunga dan berlimau ini. Mandi bunga seakan tidak dapat dipisahkan kerana ia acara kemucak dalam menaikkan seri pengantin.


* Bunga-bunga lama seperti melur, cempaka, kenanga, mawar dan sundal malam mempunyai wangian yang hebat sekali gus menghasilkan tenaga yang kuat dan bergabung pula dengan kekuatan getaran tenaga air. Untuk memilih air mandian pula, seelok-eloknya ialah air yang mempunyai tenaga yang kuat seperti air terjun dan air dari kolah masjid. Air terjun akan memberikan tenaga yang kuat manakala air dari kolah masjid pula membawa getaran yang lebih kuat kerana di bawa gelombang ayat-ayat suci Al-Quran. Kombinasi air dan bunga-bunga ini akan membuatkan pengantin lebih yakin dan berseri.


* Mengikut Kaedah Terapi Warna, cara yang paling berkesan untuk menaik seri wajah dengan berkesan ialah dengan kaedah warna manakala Hukum Sains Fizik pula menyatakan tenaga terkandung dalam semua benda hidup, manusia dan haiwan mendapat tenaga dari apa yang di makan berbanding tumbuhan mendapat tenaga terus dari matahari melalui proses fotosintesis. Jadi bayangkan berapa kuatnya tenaga yang dihasilkan oleh bunga dari tumbuh tumbuhan ini. Jadi secara logiknya mandi bunga sebenarnya mempunyai tenaga spiritual yang kuat dari bungabungaan ini. Malahan tubuh si dara juga akan lebih harum dengan wangian dari bunga dan kandungan limau purut ini.


* Bagi adat ‘makan sireh’ pula ia dianggap sebagai perbuatan kuno dan hanya menyebabkan bibir merah dan berbau kurang enak. Namun begitu, sebenarnya setiap perbuatan yang dilakukan tentu ada sebab dan musabab yang tersendiri. Saat menjelang pernikahan, hati tentu merasa tidak tenteram dan gemuruh, apatah lagi biasanya pengantin lelaki dan perempuan tidak pernah bertemu antara satu sama lain.


* Jadi bila perasaan gemuruh, sistem badan akan berubah menyebabkan dengan tiba-tiba sakit perut dan sering ke bilik air. Jadi di sinilah terletak peranan makan sireh iaitu mengelakkan dari perut masuk angin dan meredakan ketegangan. Daun sireh yang disapu kapur, cengkih dan gambir mempunyai fungsi yang tersendiri. Daun sireh akan mengelatkan air liur mengelatkan air liur seterusnya mengelakkan bau yang tidak diingini. Cengkih pula bertindak mengharumkan mulut dan gambir memerahkan lidah supaya nampak lebih segar.



2 comments:

  1. boley tak nak tau ni majalah pengantin edisi ke berapa? dan bulan berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh..sorry saudari... artikel ni di ambil daripada website pengantin, jadi...secara atas kertas tidak dapat dipastiikan...terima kasih..selamat membaca...:)

      Delete

Powered by Blogger.